Langkau ke kandungan

Carian popular

Tambah & guna portal

Dikemas kini

Portal mengasingkan wang yang anda terima untuk satu kedai, form atau projek daripada wang yang lain. Ini memudahkan anda menjejak wang itu. Setiap portal ada Portal Key sendiri. Laman web atau plugin anda guna key ini untuk menghantar bayaran ke portal itu.

Tambah portal yang berasingan untuk setiap kedai atau projek. Untuk menambah portal:

  1. Dalam merchant dashboard, klik Portals di bahagian atas page. Senarai portal anda dipaparkan.
  2. Klik Add New Portal.
  3. Lengkapkan form yang dibuka, kemudian simpan.

Page Portals dengan butang Add New Portal ditanda

Kemudian copy key portal baru itu dari Portals. Lihat Cari API keys dan portal key anda.

Split payment membahagikan satu bayaran kepada beberapa akaun yang berbeza. Semasa anda menambah portal, anda boleh tandakan kotak split payment. Anda boleh bahagikan bayaran kepada sehingga 3 akaun.

Habit mudah ini memudahkan laporan anda:

  • Guna satu portal untuk setiap kedai atau projek. Setiap portal hanya menyimpan bayarannya sendiri. Jadi bayaran itu lebih mudah dipadankan dengan rekod anda.
  • Lihat bayaran bagi satu portal. Pada Transactions, klik Advance Filter, pilih portal itu dalam Portal, kemudian klik Filter. Lihat Lihat transaksi bagi satu portal.
  • Rahsiakan Portal Key anda. Sesiapa yang ada keys anda boleh menggunakan akaun anda. Lihat Cari API keys dan portal key anda.

Isu-isu biasa

Berapa banyak akaun yang boleh menerima split payment?

Sehingga 3 akaun.

Di mana saya boleh copy Portal Key saya?

Klik Portals, klik portal itu, dan copy Portal Key-nya. Lihat Cari API keys dan portal key anda.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.