Langkau ke kandungan

Carian popular

Terima bayaran Bayarcash dalam EasyStore

Anda boleh menambah Bayarcash sebagai kaedah bayaran dalam kedai EasyStore anda. Pelanggan boleh membayar dengan saluran Bayarcash yang anda sudah on-kan.

Untuk melihat Bayarcash semasa checkout di kedai EasyStore, cuba kedai demo.

Anda memerlukan perkara berikut:

  • Akaun merchant Bayarcash yang sudah diluluskan, dengan saluran bayaran anda sudah di-on-kan.
  • Akaun bcl.my. Akaun ini percuma untuk merchant Bayarcash.
  • Akses ke tetapan bayaran EasyStore anda, dengan mata wang kedai ringgit Malaysia (MYR).

Mula dalam admin EasyStore anda. Untuk menambah kaedah bayaran:

  1. Pergi ke Settings → Payments.
  2. Klik Add payment method dan cari Bayarcash. Anda juga boleh guna link Bayarcash dalam EasyStore.

EasyStore meminta dua nilai dari Team profile anda. Untuk mendapatkannya:

  1. Log masuk ke akaun bcl.my anda.
  2. Pergi ke Team → Team Profile.
  3. Copy Team ID dan Bayarcash API secret key anda.
  4. Paste kedua-duanya ke dalam tetapan Bayarcash dalam EasyStore.

Semak tetapan dan simpan. Kemudian, buat satu pesanan ujian di checkout EasyStore anda untuk memastikan bayaran berfungsi.

Dua habit ini membantu anda dengan EasyStore:

  • Tawarkan beberapa saluran. Anda boleh on-kan lebih daripada satu saluran Bayarcash, dan pelanggan memilih saluran semasa checkout.
  • Cari bayaran dalam Bayarcash. Transaksi dan laporan ada dalam merchant dashboard anda. Lihat Transaksi.

Isu-isu biasa

Kenapa bayaran gagal dengan mesej Transaction Failed atau Payment Processing Error?

Pastikan mata wang EasyStore anda ialah ringgit Malaysia (MYR), kerana Bayarcash hanya memproses MYR. Kemudian, semak Team ID dan secret key yang anda paste. Kedua-duanya mesti betul.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.