Langkau ke kandungan

Carian popular

Terima bayaran dari luar negara dengan saluran cross-border

Dikemas kini

Dengan saluran cross-border, pelanggan di Indonesia, Singapura dan negara lain boleh membayar dari aplikasi perbankan atau e-wallet mereka sendiri. Anda on-kan saluran ini untuk setiap portal dalam merchant dashboard. Kemudian anda paparkan saluran itu pada form atau checkout anda.

Setiap saluran ada ID yang developer guna sebagai payment_channel dalam API.

ID Saluran Pelanggan dari
9 DuitNow QR QRIS Indonesia Online Banking Indonesia
10 DuitNow QR QRIS Indonesia e-Wallet Indonesia
11 DuitNow QR NETS Singapore Singapura
13 DuitNow QR Alipay China
14 DuitNow QR WeChat Pay China
15 DuitNow QR PromptPay Thailand

Buat langkah ini dalam merchant dashboard semasa anda membuat portal untuk bayaran dari luar negara.

  1. Log masuk ke merchant dashboard dan buka Portals.
  2. Klik Add New Portal.
  3. Untuk menggunakan semua saluran, tandakan semuanya.
  4. Untuk pelanggan dari satu negara sahaja, tandakan saluran DuitNow QR QRIS Indonesia sahaja, atau DuitNow QR NETS Singapore sahaja.
  5. Simpan portal itu.

Saluran Cross Border QR Payment, dengan NETS Singapore dan dua saluran QRIS Indonesia ditandakan

Jika sesuatu saluran tiada dalam senarai, minta Bayarcash on-kan saluran itu untuk akaun anda.

Paparkan saluran di tempat pelanggan membayar

Section titled “Paparkan saluran di tempat pelanggan membayar”

Selepas Bayarcash on-kan saluran itu, form atau kedai anda mesti menawarkannya kepada pelanggan.

  1. Sambungkan portal key bagi portal itu ke form atau kedai anda. Lihat Portal.
  2. Dalam BCL (bcl.my), buka pilihan bayaran form itu dan tambah saluran itu, kemudian update form. Langkahnya ada dalam Help Centre BCL: NETS untuk pelanggan Singapura.
  3. Untuk plugin dan API, pilih saluran itu dalam plugin, atau hantar ID-nya sebagai payment_channel. Lihat API reference.

Bayaran itu kemudian dipaparkan di bawah Transactions. Lihat Semak transaksi dan statusnya.

Bank & e-wallet yang menyokong QRIS (Indonesia)

Section titled “Bank & e-wallet yang menyokong QRIS (Indonesia)”

Pelanggan di Indonesia membayar dengan QRIS, iaitu standard kod QR kebangsaan Indonesia. Bank dan e-wallet ini menyokong bayaran QRIS ke Malaysia. Senarai ini dari Ogos 2024. App QRIS yang lain juga mungkin boleh digunakan.

Bank E-wallet
PT Bank Central Asia ShopeePay
PT Bank CIMB Niaga GoPay
PT Bank Mandiri (Persero) Dana
PT Bank Negara Indonesia (Persero) LinkAja
PT Bank Permata OVO
PT Bank Rakyat Indonesia (Persero)
PT Bank BTPN

Ini yang pelanggan Indonesia nampak dalam app perbankan. Contoh ini menggunakan Livin’ by Mandiri:

  1. Pelanggan scan kod DuitNow QR anda. App itu memaparkan nama kedai anda, amaun dalam MYR dan sumber dana pelanggan. Pelanggan klik Next.
  2. Pada Transaction Confirmation, pelanggan menyemak rate MYR ke IDR dan amaun dalam rupiah. Pelanggan klik Continue Payment.
  3. App itu memaparkan Payment Successful!.

Livin’ by Mandiri: amaun dalam MYR, Transaction Confirmation dengan rate MYR ke IDR, dan skrin Payment Successful!

Nombor akaun, baki dan nombor merchant dalam gambar ialah contoh sahaja.

Pelanggan di Singapura boleh membayar anda dengan DBS PayLah!, iaitu app bayaran DBS Bank, melalui DuitNow QR.

  1. Dalam DBS PayLah!, pelanggan klik Scan dan scan kod DuitNow QR anda.
  2. Pada Pay, pelanggan menyemak nama kedai anda, amaun dalam MYR dan amaun yang sama dalam SGD. Pelanggan klik NEXT.
  3. App itu memaparkan Successful. App itu juga memaparkan exchange rate dan amaun dalam SGD yang DBS tolak dari akaun pelanggan.

DBS PayLah!: butang Scan, skrin Pay dengan MYR 5.00 dan SGD 1.50, dan skrin Successful

Isu-isu biasa

Kenapa QRIS atau NETS tidak dipaparkan dalam form atau checkout saya?

Saluran itu mesti di-on-kan untuk portal yang digunakan oleh kedai atau form anda. Buka portal itu dalam merchant dashboard, atau minta Bayarcash on-kan saluran itu. Kemudian refresh senarai portal di tempat anda menggunakannya.

Adakah saya perlu portal yang berasingan untuk Singapura atau Indonesia?

Tidak perlu. Anda boleh tandakan semua saluran pada satu portal. Jika pelanggan anda dari satu negara sahaja, tandakan QRIS Indonesia atau NETS Singapore sahaja.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.