# Terima bayaran Bayarcash dalam EasyStore

> Tambah Bayarcash sebagai kaedah bayaran dalam admin EasyStore anda dengan butiran dari Team profile Bayarcash anda.
>
> Source: https://docs.bayarcash.com/ms/easystore/

Anda boleh menambah Bayarcash sebagai kaedah bayaran dalam kedai EasyStore anda. Pelanggan boleh membayar dengan saluran Bayarcash yang anda sudah on-kan.

Untuk melihat Bayarcash semasa checkout di kedai EasyStore, cuba [kedai demo](https://bayarcash-2.easy.co/).

## Sebelum anda mula

Anda memerlukan perkara berikut:

- Akaun merchant Bayarcash yang sudah diluluskan, dengan saluran bayaran anda sudah di-on-kan.
- Akaun bcl.my. Akaun ini percuma untuk merchant Bayarcash.
- Akses ke tetapan bayaran EasyStore anda, dengan mata wang kedai ringgit Malaysia (MYR).

## Tambah Bayarcash pada EasyStore

Mula dalam admin EasyStore anda. Untuk menambah kaedah bayaran:

1. Pergi ke **Settings** → **Payments**.
2. Klik **Add payment method** dan cari **Bayarcash**. Anda juga boleh guna [link Bayarcash dalam EasyStore](https://admin.easystore.co/settings/gateway/bayarcash).

## Copy butiran anda dari bcl.my

EasyStore meminta dua nilai dari Team profile anda. Untuk mendapatkannya:

1. Log masuk ke akaun bcl.my anda.
2. Pergi ke **Team** → **Team Profile**.
3. Copy **Team ID** dan **Bayarcash API secret key** anda.
4. Paste kedua-duanya ke dalam tetapan Bayarcash dalam EasyStore.

Semak tetapan dan simpan. Kemudian, buat satu pesanan ujian di checkout EasyStore anda untuk memastikan bayaran berfungsi.

> **Caution**
> Jangan kongsi secret key anda. Jangan hantar key itu dalam mesej atau screenshot.

## Tips

Dua habit ini membantu anda dengan EasyStore:

- **Tawarkan beberapa saluran.** Anda boleh on-kan lebih daripada satu saluran Bayarcash, dan pelanggan memilih saluran semasa checkout.
- **Cari bayaran dalam Bayarcash.** Transaksi dan laporan ada dalam merchant dashboard anda. Lihat [Transaksi](/ms/transactions/).

## Isu biasa

### Kenapa bayaran gagal dengan mesej Transaction Failed atau Payment Processing Error?

Pastikan mata wang EasyStore anda ialah ringgit Malaysia (MYR), kerana Bayarcash hanya memproses MYR. Kemudian, semak Team ID dan secret key yang anda paste. Kedua-duanya mesti betul.
