1. Pertama sekali, pastikan anda sudah memasang dan menghidupkan plugin GiveWP di laman web anda. Ini merupakan keperluan utama sebelum anda boleh menggunakan plugin Bayarcash untuk GiveWP.
2. Setelah GiveWP diaktifkan, arahkan tetikus anda ke menu “Plugins” dan klik pada butang “Add New”.
3. Pada bar carian plugin, taip “bayarcash” dan tekan Enter. Anda akan melihat senarai plugin yang sepadan dengan carian anda. Pilih dan pasang plugin “Bayarcash GiveWP” sahaja.
4. Apabila pemasangan selesai, aktifkan plugin tersebut. Kemudian, klik pada pautan “Settings” untuk mengonfigurasi akaun Bayarcash anda di dalam GiveWP. Di bahagian tetapan, anda perlu memasukkan “Personal Access Token (PAT)” dan “Portal Key” dari akaun console Bayarcash anda.
5. Setelah memasukkan maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Save Changes” untuk menyimpan tetapan anda.
6. Akhir sekali, aktifkan Bayarcash sebagai salah satu kaedah pembayaran di GiveWP dengan mengunjungi menu “Donations” > “Settings” > “Payment Gateways”. Di sini, tanda kotak di sebelah “Bayarcash” untuk mengaktifkannya.