- FPX Online Banking
FPX Online Banking merupakan platform pembayaran digital yang menawarkan kemudahan dan keselamatan yang tinggi. Sistem ini membolehkan transaksi secara real time daripada akaun perbankan dalam talian pengguna pada masa sebenar. FPX turut menyediakan kemudahan pengkreditan serta-merta ke akaun penerima, seterusnya mempercepatkan proses pembayaran antara pihak yang terlibat. - FPX line of Credit
FPX line of credit adalah instrumen pembayaran yang membolehkan user melakukan pembelian berdasarkan had kredit yang diluluskan oleh bank masing-masing. Penyata bulanan dikeluarkan kepada pemegang kad, dan caj akan dikenakan ke atas sebarang baki tertunggak sekiranya pembayaran tidak dijelaskan sebelum tarikh matang. Antara jenama kad kredit terkemuka ialah Visa dan MasterCard. - Direct Debit
Direct Debit merupakan perkhidmatan kutipan antara bank untuk pembayaran tetap dan berulang (recurring). Sistem ini membolehkan kutipan automatik secara langsung daripada akaun bank pelanggan pada institusi perbankan dengan hanya satu authorization. - Manual Bank Transfer
Manual bank transfer merujuk kepada proses memindahkan dana dari satu akaun bank ke akaun bank lain secara langsung melalui kaedah yang memerlukan pengguna untuk memasukkan maklumat penerima secara manual. Pengguna perlu menyediakan nama penerima, nombor akaun, dan nama bank penerima bagi memastikan pemindahan berjaya. - DuitNow QR Dynamic
DuitNow QR dinamik adalah versi yang lebih canggih daripada kod QR standard yang digunakan dalam sistem pembayaran Malaysia. Ia memberikan fleksibiliti dan fungsi tambahan kepada user dan merchant. Kod QR dinamik membolehkan merchant menghasilkan kod unik untuk setiap transaksi, yang boleh disesuaikan dengan jumlah bayaran tertentu serta tujuan yang berbeza, menjadikannya ideal untuk perniagaan yang memerlukan pembayaran yang disesuaikan, seperti pembayaran bil atau caj yang berubah-ubah. - DuitNow Online Banking & Wallet
DuitNow Online Banking & Wallets ialah pembayaran atas talian yang selamat dan mudah. Ini membolehkan pendebitan masa nyata daripada akaun perbankan internet atau ewallet pelanggan, serta dikreditkan terus ke dalam akaun merchant.