1. Pertama sekali, pastikan anda sudah memasang dan menghidupkan plugin WooCommerce di laman web anda. Ini merupakan keperluan utama sebelum anda boleh menggunakan plugin Bayarcash untuk WooCommerce.

2. Setelah WooCommerce diaktifkan, arahkan tetikus anda ke menu “Plugins” dan klik pada butang “Add New”.

3. Pada bar carian plugin, taip “bayarcash” dan tekan Enter. Anda akan melihat senarai plugin yang sepadan dengan carian anda. Pilih dan pasang plugin “Bayarcash WooCommerce” sahaja.

4. Apabila pemasangan selesai, aktifkan plugin tersebut. Kemudian, klik pada pautan “Settings” untuk mengonfigurasi akaun Bayarcash anda di dalam WooCommerce. Di bahagian tetapan, anda perlu memasukkan “Personal Access Token (PAT)” dan “Portal Key” dari akaun console Bayarcash anda.

5. Setelah memasukkan maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Save Changes” untuk menyimpan tetapan anda.