# Export transaksi anda ke Excel

> Muat turun transaksi Bayarcash anda sebagai fail Excel dari merchant dashboard, dan apa yang perlu dibuat semasa export yang besar diproses.
>
> Source: https://docs.bayarcash.com/ms/export-transactions/

Anda boleh muat turun semua transaksi anda sebagai fail Excel untuk perakaunan atau reconciliation. Buat langkah ini dari page **Transactions** dalam merchant dashboard.

## Export ke Excel

Anda perlu log masuk ke merchant dashboard dahulu.

1. Buka **Transactions**.
2. Klik **Export Excel**, di bahagian atas sebelah kiri page.
3. Dalam pop-up, taip nama fail.
4. Sahkan. Page **Tools** dibuka dan memaparkan export anda.
5. Apabila export itu bertanda selesai, muat turun fail itu.

*(Screenshot: Page Transactions dengan butang Export Excel ditanda)*

*(Screenshot: Page Excel Exports dengan satu export yang sudah selesai dan butang muat turunnya ditanda)*

> **Note**
> Export yang besar boleh mengambil masa kira-kira 5 minit untuk siap. Anda boleh tinggalkan page ini dan kembali kemudian.

## Export lain

Export untuk bahagian lain dalam merchant dashboard ada dalam [Export data modul](/ms/export-module-data/). Untuk melihat satu bayaran, lihat [Semak transaksi dan statusnya](/ms/transactions/).

## Isu biasa

### Export saya masih belum siap. Berapa lama masa yang diambil?

Export yang besar boleh mengambil masa kira-kira 5 minit. Tunggu, kemudian semak page Tools semula.

### Di mana saya boleh cari fail itu selepas saya klik Export Excel?

Merchant dashboard akan membuka page Tools. Apabila export itu bertanda selesai, muat turun fail itu dari situ.
