# Bila potongan Direct Debit berlaku

> Cara Direct Debit mingguan, bulanan dan tahunan berjalan, dari enrolment hingga setiap potongan, dan bila potongan bulanan yang gagal dicuba semula.
>
> Source: https://docs.bayarcash.com/ms/direct-debit-deduction-schedule/

Direct Debit memotong wang dari akaun bank pelanggan anda mengikut jadual tetap: mingguan, bulanan atau tahunan. Bayarcash tidak menawarkan Direct Debit harian. Sebelum potongan pertama, bank mesti meluluskan enrolment itu.

## Direct Debit bulanan

Langkah ini menunjukkan apa yang berlaku kepada pelanggan yang membayar sebulan sekali.

1. Pelanggan anda memohon untuk mendaftar Direct Debit bagi bayaran bulanan.
2. Permohonan itu menunggu kelulusan bank. Ini biasanya mengambil masa 3 hingga 5 hari.
3. Selepas diluluskan, enrolment itu diaktifkan.
4. Potongan pertama dijadualkan pada 3 hingga 5 haribulan, pada bulan selepas bulan enrolment.
5. Jika potongan pertama gagal, potongan itu dicuba sekali lagi antara 25 hingga 28 haribulan pada bulan yang sama.

## Direct Debit mingguan

Langkah ini menunjukkan apa yang berlaku kepada pelanggan yang membayar seminggu sekali.

1. Pelanggan anda memohon untuk mendaftar Direct Debit bagi bayaran mingguan.
2. Permohonan itu menunggu kelulusan bank. Ini biasanya mengambil masa 3 hingga 5 hari.
3. Selepas diluluskan, enrolment itu diaktifkan.
4. Potongan pertama berlaku pada hari Jumaat, dua minggu selepas hari enrolment.
5. Selepas itu, potongan dibuat setiap hari Jumaat.

## Direct Debit tahunan

Direct Debit tahunan membuat satu potongan setiap tahun. Sama seperti mingguan dan bulanan, bank mesti meluluskan enrolment itu dahulu. Tarikh potongan mengikut e-Mandate.

{/* TODO Hanny: yearly deduction day */}

## Ikuti setiap potongan

Setiap enrolment dan potongan dipaparkan dalam [Semak transaksi Direct Debit anda](/ms/direct-debit-transactions/). Perjanjian itu sendiri ada dalam [senarai e-Mandate](/ms/e-mandates/).

> **Note**
> Jika tarikh yang anda nampak berbeza daripada jadual di atas, hubungi team Bayarcash.

## Bayaran berulang di kedai online anda

Jika anda menjual langganan atau derma berulang, plugin akan menetapkan Direct Debit untuk pelanggan anda. Lihat [Sambungkan WooCommerce kepada Bayarcash](/ms/woocommerce/) dan [Sambungkan GiveWP kepada Bayarcash](/ms/givewp/). Developer boleh memulakan enrolment melalui API. Lihat [Bina integrasi dengan API Bayarcash](/ms/developers/) dan [API reference](https://api-reference.bayarcash.com).

## Isu biasa

### Pelanggan saya mendaftar hari ini. Kenapa belum ada potongan?

Bank perlu meluluskan enrolment itu dahulu. Ini biasanya mengambil masa 3 hingga 5 hari. Potongan pertama berlaku selepas itu, pada tarikh di bawah.

### Satu potongan bulanan gagal. Adakah potongan itu akan dicuba semula?

Ya. Jika potongan bulanan pertama gagal, potongan itu dicuba sekali lagi antara 25 hingga 28 haribulan pada bulan yang sama.

### Hari apa potongan mingguan dibuat?

Setiap hari Jumaat. Potongan pertama berlaku pada hari Jumaat, dua minggu selepas hari enrolment.
